fbpx

Ini Baru Betul Sado, Badan Berketak-Ketak Mantap Gitu

Tahniah kepada Zmarul Al Adam kerana berjaya memenangi 1st place Mr Powerarm Northern 2019.

Ini baru betul sado…

KEJOHANAN bina badan ‘Mr Powerarm Nothern 2019’ menjadi antara acara pemanas badan bagi Zmarul Al Adam sebelum menyertai pertandingan di Yangon, Myanmar pada bulan depan.

Anggota polis dari Bukit Aman berusia 28 tahun itu dinobatkan sebagai juara dalam Kategori Bina Badan Terbuka di Pasaraya Mydin, Jalan Baru, Bukit Mertajam, hari ini.

Menurutnya, dia mengambil kesempatan untuk menyertai kejohanan itu sebagai salah satu persiapan untuk ke peringkat lebih tinggi.

“Saya sedang memantapkan diri bagi menyertai satu kejohanan di Myanmar dan kemenangan ini adalah pembakar semangat untuk saya terus berjaya,” katanya ketika ditemui selepas kejohanan itu.

Lebih 100 badang berentap bagi merebut gelaran juara dalam lima kategori dipertandingkan dalam kejohanan itu.

Zmarul yang berasal dari Sabah meminati sukan bina badan sejak 2013.

Bagi Mohd Rizal Rejab, 47, yang muncul sebagai Juara Dalam Kalangan Juara bagi kategori badan cantik pula menyifatkan kemenangannya berbaloi selepas melalui fasa diet kental.

“Untuk menjaga dan mendapatkan badan cantik ia memerlukan saya menjaga pemakanan dengan betul dan menitikberatkan hal pemakanan seimbang.

“Ternyata usaha saya menjaga pemakanan dengan mengenepikan semua makanan kurang menyihatkan memberi tuah apabila memenangi kategori ini serta muncul juara keseluruhan,” katanya.

Mohd Rizal yang menetap di Kepala Batas pernah menghentikan minatnya untuk membina badan atas kesibukan berniaga.

“Saya terjebak pergi ke gimnasium pada 2000 selepas diajak rakan dan kemudian terhenti seketika hinggalah pada 2014 saya kembali semula berjinak dalam bina badan.

“Syukur, ia sesuatu perkara yang tidak sia-sia disamping dapat mengetengahkan bakat ke peringkat lebih jauh,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?