Impian Harimau Malaya Menamatkan Kemarau Kemenangan Di Hanoi Lebur

#HarimauMalaya cuba membuat asakan bertali arus tapi kubu Vietnam ?? kebal hingga wisel penamat.

Tewas buat kali kedua dalam kempen ini. Kita perlu bangkit di perlawanan keempat menentang Thailand ?? nanti. Beri komen anda tentang permainan anak-anak buah Tan Cheng Hoe sekarang!

2022 World Cup/2023 Asian Cup Qualifiers | Thursday, 10th October 2019

VIETNAM 1-0 MALAYSIA

Nguyen Quang Hai 40′

Harimau Malaya tewas di Hanoi

HANOI: Impian Harimau Malaya menamatkan kemarau kemenangan di Hanoi lebur apabila terpaksa akur tewas tipis 0-1 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, sebentar tadi.

Corak permainan dipamerkan skuad Naga Emas di bumi sendiri langsung tidak mengejutkan kenapa mereka mampu menghuni ranking 99 dunia dan keputusan itu membuktikan masih banyak kerja rumah perlu direncana Tan Cheng Hoe.

Pada perlawanan tadi, sekali pun berjaya menguasai hampir keseluruhan permainan, tuan rumah hanya bergantung kepada jaringan tunggal, Nguyen Quang Hai di babak pertama.

Walaupun berjaya mencipta beberapa gerakan menarik untuk menghasilkan jaringan, Vietnam pantas membuktikan yang 45 minit pertama menjadi milik mereka sambil pertahanan negara dilihat beberapa kali melakukan sedikit kesilapan.

Minit ke-28, Stadium My Dinh bergegar apabila Quang Hai menggegar gawang negara namun ia dibatalkan kerana penyerang tuan rumah itu terlebih dulu dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Sebaik aksi memasuki minit ke-40, Quang Hai akhirnya berjaya menebus kekecewaan untuk memastikan Vietnam memasuki bilik persalinan dengan kelebihan satu gol.

Bersambung babak kedua, skuad Naga Emas seakan tidak kenal erti lelah dan terus mempamer permainan pantas hingga meletakkan pemain negara dalam situasi tertekan.

Minit ke-72, pemain gantian Vietnam, Nguyen Anh Duc hampir menghukum Harimau Malaya buat kali kedua tetapi kali ini, Shahrul Saad berada di kedudukan tepat untuk mengeluarkan bola atas garisan gol ketika gawang negara sudah terbuka luas.

Sumber : Berita Harian

Facebook Comments