Ifedayo Adalah Pemain Berkontrak Penuh Bersama Melaka United FC

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC Datuk Wira Justin Lim merungkai persoalan yang bermain di laman sosial berkenaan penyerang MUFC Ifedayo yang dikatakan adalah pemain simpanan dari Kelab Johor Darul Ta’zim.

“Berhubung laporan mengenai penyerang Melaka United FC, Ifedayo Olusegun bertajuk ‘Mat Yo’ ganti Ifedayo dalam laporan akhbar Harian Metro pada Jumaat, 1 Julai 2022 yang mendakwa Ifedayo adalah pemain pinjaman dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah tular di media-media sosial.

Kelab Bolasepak Melaka United FC dengan ini ingin menegaskan laporan berkenaan adalah tidak tepat dan telah diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar oleh Pemangku Ketua Jurulatih, Mohd Asri Ninggal.

Kami ingin menegaskan bahawa Ifedayo adalah pemain yang berkontrak penuh bersama Melaka United FC sejak awal musim ini dan bukan berstatus pinjaman dari JDT seperti dua lagi pemain iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik.

Pihak Melaka United FC kesal dengan laporan TIDAK BENAR yang telar tular sehingga memberi impak negatif kepada imej kelab menjelang aksi penting Liga Super Malaysia 2022 menentang JDT di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Secara peribadi, saya juga kesal dengan beberapa laporan negatif, tidak benar serta tiada bukti kukuh yang sering dilemparkan kepada kelab bolasepak Melaka United. Laporan – laporan seperti ini pastinya memberi persepsi buruk kepada Melaka United FC secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, Melaka United FC akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada wartawan yang melaporkan”.

Datuk Wira Justin Lim,
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: