fbpx

“I Will Come Back Stronger” – Penjaga Gol Malaysia AFFB18

Maafkan saya, kami janji bangkit!

WAJAH kecewa pemain Malaysia ketika tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan B, Kejuaraan AFF B-18 di Ho Chi Minh semalam. – Gambar Ihsan NFDP

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Penjaga gol Malaysia, Firdaus Imran Fadhil mahu melupakan kekalahan 0-1 kepada Thailand dan memberi tumpuan kepada misi menumpaskan Indonesia dalam separuh akhir Kejuaraan AFF Bawah 18 tahun (B-18) di Thu Dau Mot, Vietnam esok.

Dua hari selepas mengejutkan juara empat kali, Australia 3-0, anak-anak buah Brad Maloney tumpas kepada juara lima kali, Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, namun meneruskan kemaraan ke peringkat empat terbaik ekoran kekalahan mengejut 1-2 tuan rumah, Vietnam kepada Kemboja.

Dalam perlawanan itu, Firdaus yang juga kapten Malaysia B-18 melakukan kesilapan dengan meluru keluar untuk menghalang Sitthinan Rungrueang, namun tindakannya mengundang padah apabila Sitthinan berjaya melepasi halangan sebelum merembat bola untuk gol kemenangan Thailand.

“Saya bersyukur kami berjaya layak ke separuh akhir. Maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kesilapan yang saya lakukan.

“Benda macam ni saya letak dalam diri saya. Semua orang buat silap. Cepat atau lambat saja bangkit dari kesilapan.

“Sebagai ketua pasukan, saya ambil tanggungjawab ini, saya minta maaf kepada semua, saya janji tak buat lagi. Saya akan bangkit dengan lebih kuat,” katanya dalam Facebook Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Turun sebagai juara bertahan, Malaysia akan menentang Indonesia di Stadium Go Dau, Thu Dau Mot pada pukul 5 petang esok. – UTUSAN ONLINE

Kedudukan Akhir Peringkat Kumpulan Piala Next Media B-18 AFF 2019 Di Vietnam

Skuad B-18 kebangsaan kendalian Brad Maloney selaku naib juara Kumpulan B akan bertemu Indonesia pada aksi separuh akhir, esok manakala Australia akan bertemu Myanmar.

Komen Anda?
Related Post
Prototaip Toyota Corolla Altis Kenderaan Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia

Toyota Corolla Altis MPV baharu PDRM GO Auto Sales Sdn Bhd mempamerkan unit prototaip Toyota Read more

Pegawai Perlawanan Wanita Dipilih Untuk Mengadili Perlawanan Liga Malaysia 2020

Kerjaya sebagai pengadil bola sepak di mungkin tidak dianggap sehebat pemain atau jurulatih bola sepak. Read more

Sekilas Pandang AR Photobooths Di Stadium Sultan Ibrahim

Terdahulu, Laman media Rasmi iaitu JOHOR Southern Tigers telah melakukan pengumuman stadium baharu mereka iaitu Read more

Majlis Perasmian, Dapatkan Pas Masuk Zon A Dan Zon B Percuma Bermula Hari Ini

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan detik bersejarah Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22hb Februari 2020. Read more