“I LEARN ACE” Membawa Perkembangan Positif Pembelajaran Berteknologi

Portal Pendidikan Digital ‘iLearn Ace’ bakal membawa perkembangan positif pada sesi pembelajaran berteknologi dan terkini di kawasan dalam dan luar bandar termasuk pedalaman .

Konsep utama diguna pakai aplikasi berkenaan adalah menggunakan konsep intraktif mengikut subjek serta kaedah pembelajaran melalui video.

“Pendekatan aplikasi ini lebih menjurus kepada lebih efektif dan menyeronokkan, boleh dilayari sesiapa sahaja kerana konsep pengendaliannya mudah seperti aplikasi lain Facebook.

“Aplikasi dan portal ini direka khusus oleh Sasbadi Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, MindTech sejajar dengan perkembangan teknologi digital merancakkan minat generasi muda belajar.

‘iLearn Ace’ adalah landasan pembelajaran yang dibangunkan selaras dengan kurikulum nasional sekolah-sekolah Malaysia, pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan.

“Konsep digunakan pada aplikasi ini mampu menarik perhatian generasi masa kini kerana berkonsepkan mesra pelajar dan tidak membosankan.

“Ibu bapa boleh memantau perkembangan aktiviti anak-anak melalui sistem rangkaian khas dibina portal tersebut.

“iLearn Ace adalah gabungan tutorial secara langsung menerusi sesi pembelajaran tanpa had.