Honda Super Cub C125 Gaya Klasik Moden Dijual Pada Harga RM13,999

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan tiga model baharu bagi permulaan tahun 2019. Model-model tawaran terkini dari BSH adalah Honda Super Cub 125, Honda CBR1000RR Fireblade SP dan Honda CB1100 RS. Pelancaran motor baharu diadakan sempena pengumuman strategi utama BSH dalam menjadi jenama peneraju dalam industri motosika di dalam negara.

Honda Super Cub 125 – RM13,999

Selepas lebih 60 tahun dan jualan unit mencecah 100 juta di seluruh dunia, jelmaan Honda Super Cub C100 kini kembali untuk 2019 dalam bentuk Honda Super Cub C125. Bersedia untuk merempuh pasaran Malaysia, Super Cub generasi terkini merupakan kombinasi reka bentuk klasik bersama ciri-ciri moden seperti enjin 125cc SOHC empat-lejang dengan sistem suntikan bahan api yang mampu menjana 9.1hp @ 7,500rpm dan 9.98Nm tork maksimum pada 5,000rpm.

Super Cub C125 juga dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang lain seperti pakej lampu LED, sistem kunci pintar Honda, tempat duduk yang boleh dibuka secara elektronik, tangki minyak 3.7-liter dan banyak lagi.

Terdapat tiga pilihan warna menarik iaitu biru mutiara (Pearl Niltava Blue), merah mutiara (Pearl Nebula Red) dan hitam (Pearl Shinning Black). BSH akan menawarkan model Super Cub C125 pada harga RM13,999 (harga jualan tanpa insurans).

Sumber : Motomalaya

Video:-

Komen Anda?