Hoki Dalam Dewan, Pasukan Wanita Malaysia Mendapat Tempat Ketiga

Menang 2-0 ke atas Kazakhstan ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟ untuk skuad hoki dalam dewan wanita kita meraih tempat ketiga #IndoorAsiaCup2022!

Kita menjaringkan gol menerusi Iren Hussin & Nur Aisyah Yaacob sekaligus memperbaiki pencapaian edisi 2019 di tempat ke-4. Tahniah!

Women’s Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand

3rd / 4th Place – 15 August 2022

FULL TIME

Kazakhstan 0-2 Malaysia

15′ PS Iren Hussin
39′ PS Nur Aisyah Yaacob

Congratulations to the Malaysia Womenโ€™s Team for finishing in third place

๐Ÿ“ธ: Asian Hockey Federation

KEJOHANAN HOKI DALAM DEWAN PIALA ASIA 2022 (LELAKI DAN WANITA): SKUAD WANITA NEGARA BAWA PULANG PINGAT GANGSA

Skuad Hoki Dalam Dewan Wanita Negara berjaya untuk memastikan mereka pulang ke tanah air dengan pingat gangsa apabila menewaskan Kazakhstan 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 (Lelaki dan Wanita) yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok Thailand, hari ini.

Kejayaan Skuad Wanita Negara ini sekaligus menyaksikan mereka mencipta rekod yang lebih baik berbanding 2019 di mana ketika itu mereka menamatkan kejohanan di kedudukan keempat keseluruhan.

Lebih manis kejayaan hari ini apabila Kapten Pasukan, Juliani Mohamad Din diangkat selaku pemain terbaik bagi pertemuan tersebut.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?