Hidilyn Ucap Terima Kasih Malaysia

Walaupun hanya menumpang rumah penduduk di Kg Kesang, Jasin, Melaka dan berlatih di garaj kereta. Atlet angkat berat Filipina, @hidilyndiaz berjaya raih emas pertama buat Filipina di Olimpik Tokyo 2020
💪💪

Hidilyn ucap terima kasih Malaysia

Tokyo: Jaguh angkat berat dari Filipina, Hidilyn Diaz berkata perjalanannya ke Tokyo 2020 amat mencabar dan berterima kasih kepada komuniti sekeliling yang sentiasa menyokong serta mendoakan kejayaannya.

“Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana menghantar saya ke Malaysia untuk berlatih dengan baik.

“Dia mengirimkan kepada saya ramai orang seperti komuniti angkat berat di Filipina dan Malaysia, yang banyak membantu saya dalam perjalanan ini.

“Saya berterima kasih kepada orang di Jasin, Melaka, yang memberikan saya tempat tinggal dan gimnasium ketika saya berada dalam kegusaran tidak tahu untuk pergi ke mana.” katanya dalam sidang media di Tokyo dan disiarkan menerusi Astro Arena. 

Jaguh dunia berusia 30 tahun itu memenangi pingat emas dalam acara 55 kilogram (kg) wanita dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Hidilyn melakukan angkatan seberat 224 kg untuk mengatasi wakil China, Liao Qiuyin dan atlet Kazakhstan, Zulfiya Chinshanlo sekali gus memecahkan rekod Sukan Olimpik dan adalah pingat emas pertama Filipina dalam sejarah Sukan Olimpik.

Kisah Hidilyn mendapat perhatian apabila atlet berasal dari Zamboanga, Filipina yang juga pemenang pingat perak Rio 2016 mendedahkan bagaimana dia terkandas di Malaysia kerana pandemik Covid-19.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?