Hewlett Packard (HP) Sumbang Komputer Sebanyak 112 Unit

Secara umumnya, tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. CSR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi.

Terima kasih kepada pihak Hewlett Packard (HP) atas sumbangan komputer sebanyak 112 unit kepada Kerajaan Negeri. Sumbangan ini merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada HP yang disampaikan oleh En Steven Chiam, Pengurus Kanan HP dan En Hilmi Mohd Napiah, Eksekutif HP Johor.

InsyaAllah, Komputer-komputer ini akan diagih-agihkan kepada pusat-pusat Vaksin di seluruh Negeri Johor bagi membantu melicinkan urusan pendaftaran vaksinasi dan sebagainya.

 60 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?