Hero MBJB Berkas Peragut Tempohari Terima Penghargaan

JOHOR BAHRU, 6 September: Pembantu Penguatkuasa yang diangkat sebagai wira oleh netizen kerana keberaniannya memberkas peragut baru-baru ini menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam (tetap) U19 di MBJB.

Photo By Makmur Johor

Dalam satu rakaman video yang tular dalam media sosial, tindakan pantas Shazrin Hafeez dan orang awam berjaya menahan seorang peragut dalam satu kejadian jam 12.45 tengah hari di Taman Mount Austin, 1 September lalu.

Tahniah Buat Shazrin Hafeez Fadzlan

Dalam kejadian itu, penjenayah tersebut yang menaiki sebuah motosikal meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa melintas jalan.

Photo By Makmur Johor

Mangsa yang ketakutan menjerit meminta bantuan sebelum disedari seorang penguat kuasa MBJB dan orang awam yang berusaha menahan suspek daripada melarikan diri.

Sumber : Makmur Johor

#BeritaMakmurJohor | Pembantu Penguatkuasa yang diangkat sebagai wira oleh netizen kerana keberaniannya memberkas peragut baru-baru ini menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Posted by Makmur Johor on Ahad, 6 September 2020

Photo By Majlis Bandaraya Johor Bahru
Komen Anda?