Hector Bidoglio Mengendalikan Sesi Latihan Pertamanya

Ketua jurulatih baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio sudah mula mengendalikan latihan pertama bersama pasukan JDT hari ini.

Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim tetap menjalani sesi latihan seperti biasa dalam keadaan hujan bagi menghadapi persiapan berdepan KL City FC pada 1 ogos 2022 di Stadium Sultan Ibrahim.

Semalam, JDT mengesahkan Bidoglio akan membimbing kelab itu bagi menggantikan Benjamin Mora yang melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Selatan pada musim ini.

Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, pengendali berusia 54 tahun itu yang pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan Venelueza dilantik selaku ketua jurulatih skuad Harimau Selatan berkuatkuasa serta- merta.

Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan berada di puncak liga dan misi mereka untuk mempertahan gelaran buat kali kesembilan berturut-turut sejak 2014 juga tampak sukar digugat pasukan lain.

Skuad Harimau Selatan yang mengumumkan Hector Bidoglio selaku pengendali baharu skuad itu, kelmarin, kini mengumpul 32 mata dan kurang satu perlawanan daripada pasukan tangga kedua, Sabah yang mengumpul 28 mata selepas 13 aksi.

Menurut statistik, jumlah mata itu adalah rekod tertinggi dilakar JDT bagi 12 perlawanan awal liga sejak 2013, tidak termasuk musim 2020 yang mana saingan hanya berlangsung satu pusingan atau 11 perlawanan susulan pandemik COVID-19.

Rekod itu menyaksikan JDT memperbaiki pencapaian pada 2016 dan 2019 yang mana mereka mengumpul 30 mata dalam 12 perlawanan awal liga dan tahun ini juga adalah musim keempat Harimau Selatan kekal rekod tanpa kalah sepanjang pusingan pertama.

Berdasarkan rekod 32 jaringan dan hanya enam bolos setakat ini, selain aksi konsisten yang dipamerkan barisan pemain mereka, maka tidak hairan mengapa ramai yang sudah menjangka Harimau Selatan akan terus menguasai kejuaraan liga nombor satu Malaysia.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?