Hebahan Unit Bergerak Sekitar Kawasan Mukim Parit Jawa & Mukim Sg.Balang

MUAR | 09 DISEMBER 2020 (Rabu)
INFO ON WHEELS (IOW) PEJABAT PENERANGAN DAERAH MUAR

Hebahan Unit Bergerak pada hari ini sekitar Kawasan Mukim Parit Jawa & Mukim Sg Balang

Lokasi:

Mukim Pt Jawa
-Pasar Awam Pt Jawa
-Pekan Pt Jawa
Mukim Sg Balang -Pt Jamil
-Kg Pt Bulat Darat -Kg Pt Bugis -Pekan Pt Yusof -Masjid Sarang Buaya -Pekan Sg Balang Besar -Kg Sg Gersik -Seri Menanti

Isu-isu hebahan bergerak:-
✔️Hebahan Umum Berkenaan Kawalan Pergerakan Menangani Penularan Wabak COVID-19,
✔️Hebahan Pembudayaan Norma Baharu
Menangani COVID-19

Turut sama En. Afezan Bin Yahya, Penghulu Mukim Pt Jawa turut hadir bersama-sama dalam hebahan tersebut sekitar Mukim Pt Jawa.

Sumber : PMR Penerangan Muar

ZON MERAH KAWASAN BERGEJALA
MUKIM SUNGAI BALANG (SILA RUJUK LAMPIRAN)

Hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Johor (JKKNJ) Bil.8/2020, Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah masing-masing.

Untuk makluman Mukim Sungai Balang telah disenaraikan sebagai kawasan ZON MERAH melalui Mesyuarat Pengurusan Bencana Daerah Muar bil 15/2020 (COVID-19) yang di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah. Sehubungan itu, sempadan Sungai Pulai hingga ke sempadan Semerah dikategorikan sebagai ZON MERAH.

Gerakan pemantauan seluruh aktiviti perniagaan dan kawalan pergerakan rentas kawasan akan dijalankan. ORANG AWAM DINASIHATKAN MEMATUHI SOP DAN MENJAGA PENJARAKAN SOSIAL SEPANJANG MASA.

Sebarang pelanggaran arahan bakal dikenakan tindakan penguatkuasaan dibawah Seksyen 72(1)(f), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sila patuhi arahan dan notis yang diberikan.

SEGALA RISIKO ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.

Sumber : Majlis Perbandaran Muar

 20 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?