Harimau Selatan Sahkan Terima Tawaran Untuk Safawi Rasid Dari Portimonense SC

Menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial, Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. 

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya, di sini. 

Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan.

Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Hidup Johor Demi Johor

Dalam masa itu di Instagram OfficialJohor @hrhcrownprinceofjohor memberi komen

hrhcrownprinceofjohor Club akan Lepaskan selepas habis League. All the Best Safawi. Terengganu develop Safawi, JDT turn Safawi into a Superstar. League Champion, FA Cup Champion, Malaysia Cup Champion, and 2 years in a row playing Asian Champions League. Syabas. All the Best💙♥️

Instagram Official Johor

Congrats Safawi Rashid!
Talented player, fast and strong, big love ❤️

Komen Anda?