Harimau Malaya Tewas Menentang Vietnam

Syabas Harimau Malaya! Aksi malam ini membuktikan semangat perjuangan anda semua masih kuat dan tersemat di dada. Usaha yang cukup baik, namun nasib tidak menyebelahi pasukan kita.

Impian Malaysia ke Piala Dunia 2022 akhirnya lebur. Skuad negara bakal beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2023.

Jangan putus asa! Terus usaha dengan lebih fokus dan tenaga untuk cabaran yang seterusnya – wajib menang pada 16 Jun menentang pasukan Thailand. Masih ada peluang untuk ambil tempat di Top 3. Misi anda masih belum tamat – Demi Negara, Demi Malaysia.

Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 | 11 Jun 2021 (Waktu UAE)

MALAYSIA 🇲🇾 1-2 🇻🇳 VIETNAM

⚽️ Guilherme de Paula 72′ (P)
⚽️ Nguyen Tien Linh 27′ Que Ngoc Hai 82′ (P)

Harimau Malaya gagal hapus badi Vietnam

Kuala Lumpur: Laluan skuad Harimau Malaya untuk ke pusingan seterusnya seolah-olah sudah tertutup apabila tewas 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, sebentar tadi. 

Jelas sekali badi kekalahan kepada skuad Naga Emas terus melekat dengan Vietnam terus gah sebagai pendahulu kumpulan G setakat ini. 

Separuh masa pertama menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe lebih menguasai perlawanan berbanding ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini dengan bijak mengatur serangan ke kubu lawan. 

Benteng negara jelas sekali sering terleka apabila hampir dibolosi pada minit 14 menerusi Nguyen Hoang Duc namun sedikit tersasar sekali gus memberi kelegaan kepada pasukan Malaysia. 

Namun, gawang Malaysia akhirnya bolos pada minit 27 apabila penyerang Vietnam Nguyen Tien Linh mudah menanduk masuk gol pertama perlawanan untuk kedudukan 1-0. 

Separuh masa kedua pula menyaksikan Cheng Hoe memberi nafas baru kepada jentera serangan dengan memasukkan Nazmi Faiz, Akhyar Rashid, Arif Aiman dan Liridon Krasniqi. 

Kemasukan pemain terbabit jelas memberi impak kepada jentera serangan apabila pemain naturalisasi ketiga negara Guilherme De Paula berjaya menyumbat gol penyamaan menerusi sepakan penalti minit 73. 

Namun, kegembiraan Malaysia yang dalam misi mengumpul tiga mata penting tidak bertahan lama apabila Vietnam pula dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Que Ngoc Hai tujuh minit sebelum separuh masa kedua tamat. 

Kedudukan kekal hingga wisel penamat ditiup sekali gus menyaksikan peluang skuad Harimau Malaya boleh dikatakan hampir mustahil untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Sumber : Harian Metro

FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers

Komen sikit gais, Penalti ke ni???

Komen Anda?