Harimau Malaya Perlu Yakin, Jangan Gentar Hadapi Gajah Perang

Khamis, 14 November 2019

MALAYSIA ?? lwn ?? THAILAND

Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.45 malam

* Kaunter tiket di Pintu A, B, C, D & E (penyokong Malaysia) dibuka bermula jam 3.00 petang esok

* Siaran langsung di TV2 & Astro Arena 801/802HD

Sidang Media Praperlawanan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia lwn Thailand

Sidang media praperlawanan telah berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini dihadiri ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan kapten skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak serta ketua jurulatih Thailand, Akira Nishino dan kapten pasukan Thailand, Siwarak Tedsungnoen menjelang perlawanan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di stadium yang sama, esok jam 8.45 malam.

Terdahulu, satu mesyuarat koordinasi perlawanan telah diadakan bagi memastikan perlawanan malam esok berjalan dengan lancar.

Skuad negara  ketika ini berada di tangga keempat kumpulan dengan tiga mata manakala Thailand yang dibimbing jurulatih dari Jepun Akira Nishino berada di kedudukan pertama kumpulan dengan memperolehi tujuh mata.

Pada saingan Kumpulan G, pasukan kebangsaan diundi bersama tiga pasukan lain iaitu Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia.

DALAM KENANGAN: Hari ini, 13 November ialah hari kelahiran legenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Dato’ Mohamad Mokhtar Dahari. Allahyarham bukan sahaja pernah menjadi pemain terbaik Malaysia malah menggegarkan pentas Asia pada era 70-an sehingga diberi jolokan “Supermokh”.

Al-fatihah