📸 Sekitar sesi latihan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di Wisma FAM, Kelana Jaya, Semalam menjelang Kelayakan Piala Asia 2023.
📸 Sekitar sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi menjelang Kelayakan Piala Asia 2023.
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 22, 2022
Dapatkan segera 'Tiket Kombo RM100' di https://t.co/yPVcBB3eyw untuk tempoh jualan waktu terhad berakhir 29 Mei ini.#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/DEfTFUQGYv
Muslihat Harimau Malaya
SKUAD Harimau Malaya dijangka tampil dengan taktikal berbeza pada saingan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan depan.
Di petik dari Laman Sinar Harian, Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, beliau dan barisan kejurulatihannya kini sedang merencanakan beberapa taktikal baharu bagi menambahkan lagi menambah variasi dalam permainan pasukan kebangsaan.Menurutnya, perkara itu sangat penting bagi mengelakkan pasukan dapat membaca taktikal permainan mereka yang dilihat mampu memberi kelebihan buat Harimau Malaya.
“Saya tak mahu kita bergantung kepada satu formasi sahaja. Mungkin pada aksi Kelayakan Piala Asia ini, kita akan mempertaruhkan beberapa taktikal baharu berbanding sebelum ini.
“Ini kerana apabila kita kekal dengan satu taktikal atau formasi ia akan memudahkan lawan untuk menganalisa kemampuan kita. Jadi bagi saya kita perlu ada taktikal dan cara bermain yang berbeza.
“Dengan adanya formasi baharu, saya dan barisan kejurulatihan ada pilihan yang taktikal yang banyak untuk digunakan bergantung kepada kekuatan pasukan lawan dan corak permainan mereka.
“Justeru, saya berharap kesemua pemain perlu cepat menyesuaikan diri dengan formasi yang baharu nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi kem latihan pusat Harimau Malaya baru-baru ini.
Malaysia akan membuka kempen Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan pada 8 Jun sebelum menentang Bahrain (11 Jun) diikuti Bangladesh (14 Jun) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Bagi menempah slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023, anak-anak buah Pan-gon wajib muncul juara peringkat kumpulan.
Sementara itu, penyerang PJ City FC, Darren Lok berazam menempatkan namanya dalam senarai akhir pemain yang akan menggalas cabaran pada pusingan kelayakan tersebut.
“Saya harap panggilan kali ketiga dalam pasukan kebangsaan bakal memberi tuah. Saya sudah tidak sabar untuk melakukannya kerana ia kali pertama bersama jurulatih baharu (Pan-gon).
“(Di bawah bimbingan Pan-gon) saya sangat kagum kerana anda dapat melihat corak permainan yang jelas, beberapa perubahan berbanding sebelum ini.
“Malah, saya yakin rejim latihan yang sangat menitikberatkan soal disiplin digunakan jurulatih ketika ini mampu untuk memberi perubahan dalam skuad kebangsaan ketika ini,” ujarnya. Sumber : Sinar Harian
- Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang, MFL Kaji Cadangan
- Dua Gol Ifedayo Omosuyi Bantu Melaka Tewaskan Selangor FC
- Skuad B-19 Negara Memulakan Kempen Kejuaraan AFF B-19 Dengan Langkah Kanan
- Lukisan Mural Elemen Sejarah Naik Imej Bandar Maharani, Muar
- Sasar 3 Mata Penuh Berdepan Kemboja, Skuad B-19
Misi Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 Bermula!
Skuad Harimau Malaya akan mengadakan dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Brunei pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun 2022 sebagai persiapan menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023.
Dalam misi untuk layak secara merit ke Piala Asia selepas tempoh 43 tahun, Malaysia akan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain 11 Jun dan Bangladesh 14 Jun 2022 bagi saingan kelayakan Kumpulan E itu.
Kesemua lima aksi skuad Harimau Malaya ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan tiket-tiket sudah boleh dibeli di www.tickethotline.com.my termasuk juga ‘Tiket Kombo RM100’ yang hanya dijual pada waktu terhad 16 hingga 29 Mei 2022.
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.