Harimau Malaya B-19 Terpaksa Akur Tewas Di Penentuan Sepakan Penalti

Harimau Malaya B-19 tewas kepada Vietnam selepas mencatat keputusan 1-1 (Penentuan Penalti HM 3-4 Vietnam) dalam aksi Final International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022 di Stadium Binh Duong, Vietnam, Sebentar tadi.

Berjaya bangkit mengikat Vietnam 1-1, kemudian skuad #HarimauMalaya B-19 terpaksa akur tewas 3-4 di penentuan sepakan penalti di final International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022.

Final • International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022

Kedudukan Akhir

Penentuan Sepakan Penalti

  • Vietnam 1 | 1 Malaysia
  • Vietnam 1 | 1 Malaysia
  • Vietnam 1 | 0 Malaysia
  • Vietnam 1 | 1 Malaysia
  • Vietnam 0 | 0 Malaysia

Sekalipun sepakan penalti kelima yang diambil Nguyen Dang Duong memberi talian hayat kepada negara selepas tendangan Muhammad Abdul Khalil terkena palang, Izrin Ibrahim gagal menyudahkan sepakan penalti kelima apabila tendangannya melambung tinggi.

Pencapaian mara sehingga ke final boleh dianggap membanggakan terutama selepas mengambil kira pengendali negara, Hassan Sazali Waras membawa ramai ‘muka baharu’ bagi kejohanan itu.

Susulan keputusan 1-1 sehingga tamat 90 minit perlawanan, kemenangan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti penentuan.

Mereka sudah berikan yang terbaik sebentar tadi. Good fight, boys!

International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022 | 5-11 Ogos 2022

Juara: Vietnam 🇻🇳
Naib Juara: MALAYSIA 🇲🇾
Tempat Ketiga: Thailand 🇹🇭
Tempat Keempat: Myanmar 🇲🇲

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?