fbpx

Hari Pertama Pembukaan 111 Sekolah Di Pasir Gudang, Johor

SMK Sungai Tiram. Perhimpunan Khas 31 Mac 2019 : Peringatan langkah-langkah keselamatan selepas penutupan sementara sekolah akibat pencemaran udara dari pencemaran kimia Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Selamat pagi. Selamat kembali ke sekolah. 31.3.2019.

Alhamdulillah, Dewan Wawasan telah siap dan warga SMKPG3 dapat mengikuti perhimpunan harian di sini.

SMK Pasir Gudang 2, Johor dibuka semula selepas cuti bencana sejak 13 Mac lepas akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim. – BERNAMA

111 sekolah di Pasir Gudang dibuka semula

PASIR GUDANG: Sejumlah 111 buah sekolah di Pasir Gudang yang ditutup sejak 13 Mac lalu susulan bencana pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim dibuka semula hari ini.

Bagaimanapun, pelajar dan guru di sekolah terbabit masih menggunakan topeng mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga.

Tinjauan di sebuah sekolah terjejas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 mendapati pelajar mula memenuhi pekarangan sekolah seawal 7 pagi lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Aminolhuda Hassan berkata kehadiran pelajar ke sekolah hari ini mencapai tahap memuaskan. Ia berdasarkan laporan di mana lebih 90 peratus kehadiran pelajar di sekolah terjejas.

Ditanya mengenai silibus yang tertinggal berikutan penutupan sekolah lebih dua minggu, Aminolhuda yakin guru-guru terlibat mampu menangani isu itu dengan baik.

“Saya yakin dan percaya sebab semua guru merupakan tenaga profesional. Yang dah biasa mengajar.

“Dalam hal ini saya yakin kemampuan guru menghabiskan silibis dengan pantas dan pada masa sama para pelajar dapat memahami apa yang dipelajari. Itu yang penting,” kata Aminolhuda.

Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan ke sekolah yang terjejas akibat pencemaran bahan kimia.

Sementara itu, sebanyak 355 pelajar yang terjejas pencemaran itu sudah menghantar permohonan mendapatkan Takaful Pelajar Sekolah Malaysia.

Ia membabitkan pelajar yang dirawat di hospital dengan bayaran RM25 sehari.

Sebelum ini, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menangani pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim memutuskan untuk menghentikan operasi di sungai berkenaan pada 19 Mac lalu.

Sumber : Astro Awani

#BuletinBernama : Hari pertama pembukaan 111 sekolah di Pasir Gudang, Johor yang sebelum ini ditutup berikutan pencemaran kimia berbahaya di Sungai Kim Kim, berjalan lancar.

Tinjauan di sekitar Pasir Gudang yang berdekatan Sungai Kim Kim mendapati masih ramai pelajar dilihat memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga.

Komen Anda?
Related Post
Tersentuh Hati Kecil Ini Bila Pertama Kali Bersua Mata Dengan Anakanda Khairunnisa

“BILA Khairunnisa dah berjaya nanti, jangan lupa bawa mak ayah jumpa pakcik ya!” Demikian pesanan Read more

Sekolah Pertama Di Negara Ini Memperkenalkan Sistem Imbasan Mata, SK Taman Perling Johor

Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru perkenal penggunaan sistem pengimbas wajah bagi merekodkan kehadiran murid Read more

Undang Sebak Apabila Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Sekolah

Satu perkongsian oleh seorang guru, Nadwa Nasir, melalui laman facebooknya ternyata mengundang hiba ramai. Di Read more

Polis Seremban Siasat Kes Budak Sekolah Bergaduh

Polis Seremban Siasat Kes Budak Sekolah Bergaduh Polis Seremban sedang menyiasat kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan Read more