Hadi Fayyadh Meledak Dua Jaringan, Catat Keputusan Seri

Malaysia seri 2-2 menentang Kemboja, bakal jadi naib juara kumpulan B jika Thailand menang malam ini.

Skuad B-23 dijangka jumpa Vietnam di separuh akhir

Kemarau gol penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak berakhir apabila dia meledak dua jaringan untuk memastikan pasukan negara mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan B Sukan Sea Hanoi di Vietnam sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong sebentar tadi menyaksikan pengendali skuad negara, Brad Maloney menurunkan skuad kedua yang dilihat lebih menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan.

Namun, Kemboja yang dipimpin bekas pemain kebangsaan Jepun, Keisuke Honda yang mengamalkan corak permainan bertahan, terlebih dahulu mengejutkan pasukan muda negara apabila di depan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Choun Chanchav pada masa tambahan separuh masa pertama.

Malaysia yang terdesak mahu meraih kemenangan bagi mengelak bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir terus melancarkan serangan ke kubu lawan sebaik bermulanya separuh masa kedua.

Gol penyamaan pasukan negara hadir pada minit ke 51 apabila dihadiahkan sepakan penalti sebelum Hadi dengan tenang menyempurnakan sepakan terbabit untuk kedudukan 1-1.

“Gol penyamaan dari Hadi Fayyadh minit ke 51 “Hadi Fayyadh tenang disitu”

Namun, kelekaan barisan pertahanan negara yang melakukan kesilapan mudah pantas dihukum penyerang Kemboja, Narong Kakada apabila mudah menolak masuk gol kedua mereka pada minit 60 sekali gus menewaskan Azri Ghani.

Tersentak dengan gol itu, Maloney ‘menyuntik’ jentera serangan dengan memasukkan pemain utama, Luqman Hakim Shamsuddin, Syahir Bashah dan Faiz Amer Runnizar bagi mencari gol penyamaan pasukan.

Ternyata usaha berkenaan membuahkan hasil apabila Hadi sekali lagi menjadi penyelamat dengan menyumbat gol penyamaan pada minit 67 untuk kedudukan 2-2.

“Hantaran baik hantaran pendek” Hadi Fayyadh terus menyumbangkan gol kedua buat Malaysia”

Walaupun,kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan, namun kedudukan kekal 2-2 sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Malaysia kemungkinan besar akan berhadapan Vietnam pada perlawanan separuh akhir jika mengakhiri kedudukan sebagai naib juara kumpulan B.

Malaysia ketika ini mengumpul lapan mata dan masih lagi menggungguli Kumpulan B namun Thailand yang berada di tempat kedua dengan enam mata dilihat tidak berhadapan masalah menewaskan Laos malam ini. Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?