fbpx

Guru Wanita Kelainan Upaya Memakai Tudung Hanya Dengan Menggunakan Kaki

Sejak beberapa hari lepas, seakan telah tular mengenai satu video seorang wanita Kelainan Upaya (OKU) yang memakai tudung hanya dengan menggunakan kaki.

Wanita cantik yang dikenali sebagai Pn. Norfarrah Syahirah bt Shaari, Ikon Inspirasi GPMS Daerah Bagan Datoh itu dilihat dengan mudah menunjukkan cara-cara memakai tudung menggunakan kedua-dua belah kaki kerana dia tidak mempunyai tangan.

Video tersebut telah diambil daripada laman Facebook Tcher Collection TC yang dimuat naik oleh Noraznira ismail yang berkongsi mengenai aktiviti Pengisian Slot Inspirasi Program Pasca PT3 2019 Anjuran Panitia ASK sekolah SMK TIWA.

11.09.2019 Jumaat ✓

Pengisian Slot Inspirasi Program Pasca PT3 2019 Anjuran Panitia ASK sekolah kami SMK TIWA bersama Pn. Norfarrah Syahirah bt Shaari, Ikon Inspirasi GPMS Daerah Bagan Datoh yang sangat bermakna dan menyentuh hati kami. Beliau merupakan staf Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak.

Wanita kelainan upaya (tiada dua tangan) yang nampak kurang sempurna di mata orang lain tapi sangat sempurna di mata kami hari ini. Kejayaan, kegigihan, ketabahan, dan keyakinannya menginspirasikan kami.

Dengan kekuatan dua kaki mampu bekerja menggunakan komputer, memandu kereta, memasak, membuat kerja rumah, dan sebagainya.

Tonton video untuk demo menarik cara beliau memakai keronsang kecil dan shawl, make up, menulis, minum, melipat kain, serta memandu kereta menggunakan kaki.

Wanita inspirasi ini pernah muncul dalam slot Nasi Lemak Kopi O, Wanita Hari Ini, dan juga program di RTM.

Sesungguhnya anda insan terpilih mengajar kami lebih memahami erti syukur.

Assalammualaikum semua.. Di atas permintaan ramai yang mana ingin melihat saya memakai telekung saya kongsikn sedikit video bagaimana saya memakai telekung dgn hanya menggunakan kaki..

Komen Anda?