Golongan Belia Sila Ambil Peluang Ini, Geran Agropreneur Muda 2019

Geran Agropreneur Muda 2019

Program ini khusus untuk golongan belia yang berumur diantara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Tirai 2019 dibuka dengan peluang untuk golongan Belia Usahawan Agromakanan yang berminat untuk menohon Geran Agropreneur Muda 2019.

Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan ini;

Layari http://www.moa.gov.my/agropreneur-muda untuk maklumat lanjut.

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun
  3. Tidak mengira latar belakang pendidikan
  4. Belia yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan
  5. Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.

Pemohon menggunakan borang UAM 01/14 (pin. 1/16) dan setiap pemohon layak mengemukakan satu (1) permohonan sahaja.

Salahuddin Ayub

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Komen Anda?