Gol Tunggal Fernando Rodriguez Bantu JDT Raih 3 Mata Berharga

Johor Darul Ta’ zim (JDT) terus mengekalkan momentum kemenangan apabila membenam Penang FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini malam ini.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengutip 3 mata berharga dan terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super (29 Mata)

JDT kekal kuasai carta Liga Super

JDT jelas menguasai perlawanan dan bijak mencipta banyak percubaan berbahaya dan melancarkan serangan bertubi-tubi yang hampir meletakkan mereka di hadapan pada babak pertama perlawanan.

Harimau Selatan melakukan percubaan membolosi gawang gol tuan rumah seawal minit ke-11 dengan Fernando Forestieri menampan bola ke arah gol lawan sebelum Hong Wan melakukan rembatan tepat ke arah penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Penang FC mendapat peluang melakukan dua sepakan percuma pada minit ke-16 dan minit ke-25 masing-masing menerusi Gopi Rizqi dan Adib Raop namun gagal membuahkan hasil.

Malang bagi Gopi Rizqi tidak dapat meneruskan aksinya pada malam ini kerana mengalami kecederaan sehingga terpaksa diusung keluar pada minit ke-32 dan tempatnya diganti T Saravanan.

Harimau Kumbang dilihat bertahan dengan baik dan sesekali melakukan serangan balas meskipun Harimau Selatan tampak lebih kerap memegang bola dengan pemainnya tangkas menutup peluang Penang FC untuk melakukan percubaan mencetak gol.

Bersambung babak kedua perlawanan Penang FC sekali lagi mendapat sepakan percuma pada minit ke-54 namun rembatan kencang Hilal jauh tersasar melepasi palang gol pasukan pelawat.

Pemain sayap lincah JDT, Arif Aiman membantu meletakkan pasukannya di hadapan menerusi hantaran lintang sebelum Fernando Rodriguez menyempurnakan tandukan gol tepat ke gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-69.

69′ GOL | Fernando Rodriguez memecahkan kebuntuan di Stadium Bandaraya dengan menanduk masuk hantaran lintang Arif Aiman!

Keputusan kekal sehingga perlawanan tamat dengan seramai 6,252 penonton membanjiri Stadium Bandaraya malam ini.

JDT turun beraksi menentang Penang FC tanpa Benjamin Mora dan tugas untuk mengendalikan pasukan diberikan kepada pembantunya Jorge Alvarez.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS12

Pelbagai aksi menarik yang dipamerkan oleh setiap pasukan. 4 pasukan malam ini meraih 1 mata & hanya Johor Darul Ta’zim yang berjaya membawa pulang 3 mata penuh.

Apa komen tentang prestasi pasukan anda malam ini?

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?