Gol Jaringan Patrik Schick Antara Yang Tercantik

Gol Schick, Chiesa antara tercantik di Euro 2020 [VIDEO]

London: Sebanyak 140 gol dijaringkan dalam 50 perlawanan yang berlangsung setakat ini di Euro 2020.

Menjelang aksi final antara England dan Itali di Wembley, agensi berita PA melihat beberapa jaringan tercantik sepanjang kejohanan.

Gol jaringan Patrik Schick ketika menentang Scotland dalam saingan peringkat Kumpulan D dilihat antara jaringan menarik dan membuatkan penjaga gawang lawan ‘lemas’.

Schick penyerang Republik Czech meledak gol jarak jauh untuk memastikan kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Scotland di Hampden.

Schick memastikan Czech di depan tiga minit sebelum waktu rehat dan kemudian mengejutkan Tartan Army sekali lagi selepas aksi bersambung apabila sepakan lambung apabila bola melepasi garisan tengah berjaya mengelirukan penjaga gol, David Marshall.

Sekalipun terdapat beberapa jaringan menarik jarak jauh antaranya yang mencuri perhatian adalah gol jaringan Kevin De Bruyne ketika aksi peringkat Kumpulan B menentang Denmark.

Jaringan perancang tengah Manchester City membolehkan pasukannya memungut tiga mata selepas Denmark mendahului menerusi Yussuf Poulsen.

Skuad kendalian Roberto Martinez kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi Thorgan Hazard pada babak kedua dan De Bruyne melebarkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan buat pasukan itu.

Sementara jaringan Andreas Christensen ketika aksi berdepan Rusia dalam kumpulan B serta sepakan lencong Federico Chiesa dari Itali pada aksi berdepan Sepanyol di separuh akhir turut tersenarai antara jaringan tercantik.

Selain sepakan percuma Mikkel Damsgaard dari Denmark ketika menentang England di separuh akhir antara gol tercantik sepanjang kempen Kejohanan Eropah kali ini.

Sumber : Harian Metro

Rekod pertemuan Italy vs England. Kedua-dua pasukan bertemu sebanyak 27 kali. Korang rasa team mana yang akan menang final nanti? 😀 #euro2020

Komen Anda?