Gol ‘Chip’ Syafiq Ahmad Bantu JDT Menewaskan PJ City, Keputusan Terkini LS9 & LP9 2019

2019 MALAYSIA SUPER LEAGUE | 13 APRIL 2019

PJ CITY FC [0-1] JDT (Syafiq Ahmad 26′)

Gol ‘chip’ Syafiq Ahmad di separuh masa pertama ini sudah memadai untuk membantu JDT menewaskan PJ City dan melebarkan kelebihan di tangga teratas Liga Super kepada lima mata mengatasi Pahang.

Video:-

JDT kukuh cengkaman

PETALING JAYA: Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas menundukkan PJ City FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Meskipun bergelut menentang pendatang baharu Liga Super itu, namun kemenangan tipis terbabit membolehkan skuad Harimau Selatan meraih kemenangan ketujuh musim ini untuk menghimpun 23 mata, berkelebihan lima mata mengatasi Pahang yang hanya akan turun menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam esok.

Namun, tiada apa yang harus dimalukan oleh PJ City FC dengan kekalahan berkenaan memandangkan anak buah K Devan berjaya memberi tentangan yang sengit dan hanya tewas tipis di tangan penyandang juara itu pada musim pertama mereka di Liga Super.

Pada aksi terbabit, pelawat menghantar amaran awal menerusi percubaan Diogo Santo pada minit kelapan namun tersasar sebelum beberapa asakan yang dilakukan berjaya dinafikan dengan baik oleh barisan pertahanan tuan rumah yang cukup berdisiplin.

Tiang menjadi penyelamat gawang PJ City FC daripada dibolosi pada minit ke-14 apabila percubaan Safawi Rasid tidak tepat sebelum melantun dengan percubaan susulan Syafiq Ahmad dinafikan pertahanan PJ City FC di hadapan pintu gol.

Bagaimanapun, keutuhan benteng PJ City FC hanya bertahan 25 minit selepas hantaran Safawi menemui Syafiq yang kemudiannya melakukan ‘cip’ menewaskan penjaga gol PJ City FC, Mohd Muhaimin Mohamad.

Bersambung babak kedua, permainan tampak seimbang apabila PJ City FC beberapa kali mengancam JDT menerusi serangan balas pantas menggunakan sayap namun ia tidak cukup untuk membantu mereka mendapatkan gol penyamaan.

Muhaimin memastikan PJ City FC terus berada dalam permainan dan tidak ketinggalan jauh apabila cemerlang menafikan percubaan deras Gonzalo Cabrera yang menyambut hantaran lintang Diogo dan kemudiannya turut menyelamatkan percubaan susulan Akhyar Rashid pada minit ke-71.

JDT cemas di hujung permainan apabila hantaran Pedro Henrique menemui Bae Beomgeun namun ketangkasan Farizal Marlias menyekat pemain Korea Selatan itu daripada melakukan percubaan sekali gus menyelamatkan gawang mereka.

Sumber : Berita Harian Online

KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN LS9 LIGA SUPER MALAYSIA 2019

KEDUDUKAN TERKINI LIGA PREMIER 2019 PUSINGAN LP9

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2019 PUSINGAN LS9

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, JDT, Safawi Rasid menerima tajaan kasut Nike Mercurial Vapor di mana kasut ini sangat bersesuaian untuk pemain di posisi itu yang membantu dirinya di atas padang dalam setiap perlawanan, khususnya daripada aspek kelajuan.

Dalam masa yang sama, Safawi turut meluahkan rasa bangga apabila golnya tercalon dalam 5 jaringan terbaik mingguan Liga Juara-Juara Asia, #ACL2019.

Komen Anda?