Gol Azfar Fikri Supersub, Malaysia Menewaskan Thailand

Pemain yang berpangkalan di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin mengetuai kesebelasan utama Malaysia apabila membuka kempen bola sepak lelaki Sukan SEA 2021 di Vietnam, sebentar tadi.

Bintang tengah Selangor berusia 20 tahun, Mukhairi Ajmal Mahadi pula menggalas tugas ketua pasukan Harimau Malaya bawah 23 (B-23) di Stadium Thien Truong.

Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara melaungkan amaran pada temasya Sukan SEA kali ini selepas menewaskan Thailand 2-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Thien Truong, sebentar tadi.

⚽️ Patrik Gustavsson 33′
⚽️ Danial Asri 61′ Nur Azfar Fikri Azhar 90’+4

Keputusan itu membolehkan skuad bimbingan Brad Maloney mengungguli Kumpulan B dengan tiga mata sementara Thailand yang juga juara 16 kali mungkin meratapi kekalahan itu susulan ‘kesilapan’ pemainnya yang dilayangkan kad merah pada hujung babak pertama.

Boleh dikatakan perlawanan setakat ini dikuasai oleh Thailand B-23. Kelonggaran di bahagian tengah memberi ruang & peluang buat lawan.

Pada aksi terbabit, Thailand hanya memerlukan sembilan minit untuk mencemaskan benteng Malaysia menerusi percubaan Ekanit Panya yang diselamatkan Azri Ghani sebelum terus mengancam menerusi tandukan Jonathan Khemdee hasil sepakan sudut selepas itu.

Tanpa sebarang percubaan dalam 20 minit pertama, peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-23 namun Luqman Hakim Shamsudin gagal mengarahkan percubaannya dengan tepat ke gawang gol dan tersasar tinggi.

Gustavsson sekali lagi menguji Azri pada minit ke-37 namun kali ini gagal mengatasi penjaga gol negara itu dan giliran Nik Akif menguji Kawin Thamsatchanan seminit berselang.

Malaysia berkelebihan seorang pemain apabila Khemdee dilayangkan kad merah pada minit ke-41 selepas menjatuhkan Syahir Bashah yang dilihat memiliki peluang untuk mendapatkan bola dan menghasilkan sesuatu buat Malaysia.

Gol penyamaan yang dinanti-nantikan muncul pada minit ke-61 selepas gerakan Mukhairi Ajmal gagal dikekang pertahanan Thailand dan hantaran lintangnya disudahkan Danial Asri dari jarak dekat untuk kedudukan 1-1.

Skuad B23 negara akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Danial Asri!

Jaring Thailand ‘bergoncang’ sekali lagi pada minit akhir apabila Azfar Fikri Azhar menyumbat gol kedua yang jelas menjadi gol kemenangan buat Malaysia. Golllllll!!!!!! Azfar Fikri Supersub

Sementara itu, dua jaringan lewat permainan menyelamatkan maruah Singapura daripada dimalukan Laos apabila mereka terikat 2-2 dalam aksi Kumpulan B yang berlangsung pada sebelah petang.

Laos mendahului 2-0 hasil jaringan Ekkamai Ratxachak (m14) dan Chony Wenpaserth (m50) namun Singapura bangkit di hujung permainan dengan jaringan Glenn Kweh (m89) dan Jordan Emaviwe (m90+6). Sumber : Berita Harian

Carta Kedudukan Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 Vietnam

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?