Get Well Soon, Coach B.Sathiananthan

Ketiadaan bekas jurulatih Sarawak United FC, B. Satiananthan yang terpaksa direhatkan ekoran berdepan masalah kesihatan sememangnya dirasai oleh semua pemain.

Jelas pertahanan Sarawak United, Stuart Wark, dia mengakui seluruh pasukan sangat terkesan dengan situasi itu yang buatkan mereka kurang bersemangat sebelum menghadapi Selangor FC, pada Ahad.

Justeru, dia mengharapkan Satiananthan agar kembali sembuh dan mendapat rawatan yang terbaik terhadap penyakit dihadapinya.

“Situasi sekarang sukar untuk kami jelaskan tetapi jalan terbaik jelas dia perlu berehat kerana berdepan masalah kesihatan.

“Beliau telah berikan segala-galanya untuk pasukan ini dan sentiasa menjaga kebajikan pemain bagi pastikan Sarawak United mampu bersaing seperti pasukan lain.

“Kekalahan ini saya rasa sudah tentu buatkan dia lagi kecewa tetapi harapan saya, kami akan bangkit daripada kekalahan ini,” katanya.

Satiananthan telah memberikan notis untuk berhenti pada 13 Jun iaitu seminggu sebelum perlawanan dengan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Tugas ketua jurulatih Sarawak United akan diambil alih bekas penolong ketua jurulatih Harimau Malaya, S. Balachandran.

Sementara itu, pemain sayap Sarawak United, Nur Shamie Iszuan, mengakui segalanya tidak menjadi buat pasukan walaupun mereka cuba untuk meraih sesuatu semasa berdepan Selangor.

Dia mengakui semua pemain tidak menyangka situasi sebegini mampu terjadi kepada Satiananthan malah persiapan mereka semasa tempoh sebulan ini sedikit terjejas.

“Kami sangat terkejut sebab hanya seminggu sebelum perlawanan dengan Selangor, beliau telah mengundurkan diri.

“Malah penolong jurulatih hanya mempunyai masa selama empat hari untuk melakukan persiapan dan jelas tidak banyak dia boleh lakukan.

“Memang tidak banyak persiapan sebelum kami ke sini dan kami memang kecewa tidak dapat berikan sesuatu kepada jurulatih,” katanya. Sumber : MFL

Pada 12 Jun yang lalu pihak pengurusan Sarawak United FC telah mencapai persetujuan bersama dengan ketua jurulatih B. Satiananthan untuk menerima notis meminta beliau berehat seketika daripada aktiviti bola sepak atas faktor kesihatan dan setelah menerima saranan daripada doktor. Bermula daripada 13 Jun, sesi latihan pasukan telah dikendalikan oleh Penolong Ketua Jurulatih Ahmad Nurfaizal Patrick.

Pihak pengurusan Sarawak United FC menghormati keputusan yang telah diambil oleh B. Satiananthan dan mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan bimbingan beliau selama ini.

Sarawak United FC mendoakan kesembuhan beliau dan berharap semoga beliau dapat pulih seadanya dengan rawatan terbaik dan rehat yang secukupnya.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?