Gerakan Cantik Hantaran Satu-Dua Forestieri Bersama Leandro

Hector Bidoglio ‘lulus’ ujian pertama sebagai pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan bergaya apabila pasukannya membelasah Kuala Lumpur City (KL City)  5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Ayam tambatan Harimau Selatan, Bergson Da Silva muncul wira apabila meledak dua gol pada babak pertama bagi memudahkan laluan JDT mengutip tiga mata.

Skuad kendalian Bidoglio lebih mendominasi permainan, sekali gus menenggelamkan aksi pasukan bimbingan Bojan Hodak yang cuba mengejutkan pasukan tuan rumah.

Pada minit ke-70 Forestieri berjaya meletakkan namanya dalam senarai penjaring ke empat apabila gerakan satu dua bersama Velazquez berjaya memerangkap barisan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan menerjah jaring.

Kawalan bola dan kemahiran individu yang menarik..Kekalkan konsistensi di perlawanan seterusnya.

Next Match!!

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: