Gempa Bumi Sederhana 5.0 Skala Richter Landa Rantau Sumbawa, Indonesia

Gempa bumi sederhana landa rantau Sumbawa, Indonesia

Gegaran itu berlaku pada kedalaman 25 kilometer dan jarak 172 kilometer Selatan dari Bima, Indonesia.

Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter melanda Rantau Sumbawa, Indonesia pada 10.26 malam Rabu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku pada kedalaman 25 kilometer dan jarak 172 kilometer Selatan dari Bima, Indonesia.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-Bernama

Komen Anda?