fbpx

Gangguan Bekalan Air Bagi Daerah Johor Bahru, Kluang Dan Muar

INFO GANGGUAN BEKALAN AIR NEGERI JOHOR

BAGI DAERAH JOHOR BAHRU

Gangguan bekalan air 23 jam di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Lebih 50 kawasan di sekitar bandar raya ini akan mengalami gangguan bekalan air selama 23 jam bermula jam 10 pagi Selasa depan hingga 9 pagi hari berikutnya.

Menurut makluman dalam laman sesawang Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ), di sini, hari ini, gangguan bekalan air berkenaan adalah disebabkan kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor.

Antara lokasi bakal mengalami gangguan bekalan air ialah keseluruhan Taman Ehsan Jaya, Taman Desa Jaya, Taman Desa Cemerlang, Taman Bukit Tropika, Taman Industri Gemilang, Taman Industri Tropika dan Taman Johor Jaya.

Selain itu, Taman Daya, Kempas Lurah, Kempas Denai, Kempas Permatang, Kempas Banjaran, Taman Indah dan Tampoi Jaya, Industri Jalan Kempas, Taman Kempas, Kuarters dan Stor TNB Kempas, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Hospital Permai, Taman Seroja, Taman Bukit Alif, Bandar Baru Uda dan bangunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Seterusnya, Taman Kobena, Taman Desa Rahmat, Kampung Seri Serdang, Greenfield Melana Indah, Kampung Pasir, Taman Tampoi, Taman Okid, Country Garden, Larkin Idaman, Larkin Jaya, Pasar Larkin, Taman Sentosa, Taman Kebun Teh, Taman Iskandar, Kampung Bakar Batu dan Istana Pasir Pelangi.

Kawasan lain ialah Taman Sri Intan, Stulang Laut, Stulang Darat, Jalan Lumba Kuda, Taman Nusa Idaman, Taman Nusa Bestari, Taman Mount Austin, Taman Austin Height, Austin Perdana, Taman Perling, Taman Sutera, Kampung Sungai Danga, Taman Iskandar Puteri, Kampung Ulu Pulai dan Pangsapuri Bukit Saujana.

Justeru, Ranhill SAJ mengingatkan penduduk di kawasan terjejas supaya menyimpan air secukupnya bagi tempoh gangguan bekalan itu.

Sumber : Berita Harian

INFO GANGGUAN BEKALAN AIR NEGERI JOHOR

BAGI DAERAH KLUANG

INFO GANGGUAN BEKALAN AIR NEGERI JOHOR

BAGI DAERAH MUAR

Pengguna dinasihati untuk menyimpan air yang mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara itu dan disarankan menggunakan air secara berhemah untuk mengelakkan pembaziran.

Komen Anda?