Gambar Terkini Adik Ainul Mardhiah Yang Baru Sahaja Dikongsikan Ibunya

Tiada yang lebih menggembirakan seorang ibu selain melihat anak-anak sihat dan membesar dengan baik. Begitu juga dengan Nurul Erwani Zaidi yang berkongsi berita gembira tentang anaknya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiudin.

Kisah perjalanan bayi perempuan penghidap ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah yang mendapatkan rawatan hingga ke London telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak beberapa bulan lalu.

Malah, menerusi foto terbaharu yang dikongsi ibunya, Nurul Erwani Zaidi di akaun Instagram menunjukkan wajah terbaharu Ainul yang semakin tembam.

Assalamualaikum. Hai, apa khabar semua hari ini? Ainul sihat di sini. Saje nak belanja gambar muka Ainul yang semakin hari semakin tembam ni. Alhamdulillah? #AinulMardhiah