Fernando Forestieri Menjaringkan Gol Kemenangan Pada Saat-Saat Terakhir!

Lebih kurang dua minggu berlalu, sehingga kini masih lagi terbayang gol kemenangan minit ke-94 pada 30 April 2022 yang mengesahkan eksplorasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) diteruskan ke pusingan kalah mati enam belas terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 edisi ke-41.

Kali ini Fernando Forestieri menjaringkan gol jarak jauh gemilang pada minit terakhir waktu kecederaan untuk memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kemenangan itu turut memastikan JDT kembali memintas skuad Jang berkenaan di tangga teratas Liga Super dengan 15 mata, satu mata mengatasi pencabar terdekat itu biarpun Harimau Selatan memegang kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Hazmi Mohamed, beraksi cemerlang menafikan setiap percubaan yang dilakukan JDT sepanjang 90 minit tetapi tambahan masa 10 minit yang diberikan pengadil mengubah keseluruhan cerita di Paroi.

JDT kemudian merencanakan siri percubaan berbahaya, antaranya menerusi peluang yang dimiliki Arif Aiman Hanapi dan Bergson, tetapi kerap dikecewakan oleh Syihan Hazmi dan barisan benteng Negeri Sembilan.

Johor Darul Ta’zim Lebur Rekod Tanpa Kalah Negeri Sembilan FC

Ketika kedua-dua pasukan kelihatan akan berkongsi mata menjelang penghujung 90 minit waktu sebenar, pengadil, Nazmi Nasaruddin, mengambil keputusan untuk melanjutkan perlawanan dengan 10 minit waktu kecederaan — satu keputusan yang dilihat tidak disenangi oleh ketua jurulatih tuan rumah, K. Devan.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya JDT untuk memburu gol kemenangan dan Forestieri, pada minit ke-101, melepaskan satu rembatan lambung yang menuju tepat ke penjuru kanan atas gawang Syihan Hazmi.

Momentum kemenangan dalam jiwa pemain sentiasa menjadi azimat buat skuad kendalian Benjamin Mora yang mahu bermati-matian mengelak kekalahan pertama daripada berlaku.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?