Fazly Mazlan Dan S. Kumaahran Ke Pahang

Fazly Mazlan dan S. Kumaahran akan menyertai Pahang secara pinjaman bagi menghadapi saingan musim 2020.

Pasukan JDT dalam satu kenyataan oleh Pengarah Teknikal mereka, Alistair Edwards telah mengumumkan bahawa dua pemain mereka, Fazly Mazlan dan S. Kumaahran akan dipinjamkan kepada pasukan Pahang untuk saingan Liga Super 2020.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada S.Kumaahran dan Fazly Mazlan yang akan beraksi bersama Pahang FA secara pinjaman.

Fazly Mazlan dan Kumaahran sebelum ini telah memperkuat pasukan JDT II yang beraksi di Liga Premier dan muncul juara Piala Cabaran pada musim lalu. Kedua-dua pemain ini juga pernah memperkuat skuad Harimau Malaya dan pengalaman mereka pastinya ditagih oleh Tok Gajah untuk membantu mereka.

Fazlya Mazlan mengucup Piala Cabaran 2019 yang dimenangi bersama JDT II .

Komen Anda?