FAM Perkenal ‘Tiket Kombo RM100’ Untuk Tonton Kesemua Enam Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Di Bukit Jalil Jun Ini
Siaran Media: FAM Perkenal 'Tiket Kombo RM100' Untuk Tonton Kesemua Enam Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Di Bukit Jalil Jun Ini
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 9, 2022
Ia menerusi pembelian awal, 16-29 Mei 2022 di https://t.co/yPVcBB3eyw.
▶️ Baca penuh di https://t.co/Yn5fvxZRum#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/Z6kl3zEyvV
FAM sasar kehadiran 80,000 penyokong
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyasarkan kehadiran 80,000 penyokong bagi menyaksikan perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 membabitkan Harimau Malaya, Jun ini.
Dipetik Dari Laman Utusan Online, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM, Datuk Posa Majais berkata, penyokong bola sepak negara bakal memenuhi venue utama terbabit selepas dua tahun tidak menyaksikan persembahan skuad Harimau Malaya.
Tambahnya lagi, lebih istimewa FAM menawarkan harga istimewa iaitu RM100 kepada penyokong bola sepak untuk menyaksikan enam perlawanan kelak.
“Dengan harga RM100 itu, penyokong akan dapat menonton perlawanan Bahrain menentang Bangladesh dan Turkmenistan bertemu Malaysia pada 8 Jun depan.
“Penyokong bola sepak juga boleh menyaksikan perlawanan antara Bangladesh menentang Turkmenistan dan Malaysia bertemu Bahrain (11 Jun).
“Perlawanan lain adalah membabitkan Bahrain melawan Turkmenistan dan Malaysia menentang Bangladesh pada 14 Jun depan denfan kesemuanya di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Posa yang juga Naib Presiden FAM berkata, pengenalan ‘Tiket Kombo RM100’ itu dibuat bagi memudahkan para penyokong setia Harimau Malaya yang ingin hadir pada ketiga-tiga Hari Perlawanan itu tanpa perlu membuat pembelian tiket secara berasingan, selain dapat menikmati diskaun harga sebanyak hampir 20 peratus.
3️⃣0️⃣ hari menjelang sepak mula aksi Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 8 Jun ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memperkenalkan ‘Tiket Kombo RM100’.
3️⃣0️⃣ hari menjelang sepak mula aksi Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 8 Jun ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memperkenalkan 'Tiket Kombo RM100'.https://t.co/7t84Cyu8zZ#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/KqBdBxVerP
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 9, 2022
“FAM berprihatin terhadap penyokong yang merancang ke stadium untuk ketiga-tiga hari perlawanan bagi saingan kelayakan Kumpulan E ini dan sebagai tanda penghargaan daripada FAM.
“Bagaimanapun, tawaran ‘Tiket Kombo RM100’ ini hanya akan dibuka penjualannya untuk tempoh selama dua minggu sahaja iaitu bermula Isnin depan, 16 Mei 2022 sehingga Ahad, 29 Mei 2022 secara pembelian dalam talian di www.tickethotline.com.my,” katanya. – UTUSAN ONLINE
- Sentiasa Melihat Pemain Terbaik Yang ‘Available’
- Matthew Davies Tidak Kekok
- Susulan Kejadian Banjir Kilat, Skuad Kilat MBJB Turun Bantu
- JDT Meraikan Orang Kurang Upaya Di Stadium Sultan Ibrahim
- Sanusi Md Nor Sekali Lagi Mencetuskan Suasana ‘Panas’ Arena Bola Sepak
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.