Facebook Go Shop Di Serang Gara-Gara Chef Wan Mahu Menampar DS Najib

Facebook Go Shop Malaysia kena serang dengan netizen gara-gara Chef Wan nak tampar DS Najib.

Tampar Najib: FB Go Shop diserang, mahu Chef Wan diboikot

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Gara-gara Chef Wan mengeluarkan ayat mahu menampar muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Facebook Go Shop Malaysia diserang warganet.

Dalam ruangan komen Facebook perkhidmatan membeli-belah yang disiarkan di Astro itu, warganet mengesa agar chef berkenaan diboikot.

“Boikot Chef Wan Boikot Go Shop, Boikot Chef Wan Boikot Go Shop, Boikot Chef Wan Boikot Go Shop” tulis beberapa pelayar Facebook.

“Kecewa dengan Go Shop.Lantik duta kurang ajar macam ni, orang bisnes orang artis mana boleh kurang ajar kalau nak sokong mana-mana politik. Go Shop mesti buat sesuatu jangan buat-buat tak tau,” tulis Zery Alfayeid.

“No more go shop for me. Go shop please tell Chef Wan to have some manners,” komen Ali Muhahid.

Astro GS Shop merupakan pengendali perkhidmatan membeli-belah berjenama Go Shop yang beroperasi 24 jam menerusi Astro Pay TV, NJOI dan Astro On The Go, selain perkhidmatan e-dagang atas talian dan mudah alih. Chef Wan antara duta rangkaian tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini, Chef Wan berkata mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai hari ini.

Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda – semasa ditadbir kerajaan BN – memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah. Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN ‘merompak’ agensi terbabit sehingga bankrap.

“Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

“Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

“Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia,” katanya.

Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.

“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!” katanya.-UTUSAN ONLINE

Beberapa Petikan Dari Harian Metro Bertajuk ‘Kuasa membawang’, akaun FB pro Israel ‘tutup’

JANGAN ‘main-main’ dengan netizen Malaysia, sekali mereka ‘serang’, habis disekat IP, hilang atau tutup sementara akaun Facebook (FB).

Itu yang berlaku terhadap akaun FB, StandWithUs yang melaporkan mengenai perkembangan Israel dalam pelbagai aspek seperti berita semasa, politik sekali gus diibaratkan ‘lidah’ orang Israel.

Tindakan memuat naik status berbaur tidak puas hati berikutan pendirian Malaysia untuk tidak membenarkan atlet paralimpik Israel masuk ke negara ini dengan meletakkan gambar berserta ayat ‘Ín Malaysia, Israeli athletes are not welcome… Hamas terrorists are’ mengundang padah buat mereka.

Status yang dimuat naik pada Khamis lalu itu dikesan oleh beberapa pemilik akaun FB rakyat Malaysia sebelum dikongsi dan bermulalah ‘serangan’ terhadap akaun berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Jawapan Ds Najib

Ada seorang itu tak tahu mengapa, tiba-tiba berang cakap kasar pasal saya di Cameron Highlands, nak tampar saya.

Saya baca, tutup, keluar minum kopi di Podium.

Tengok. Saya ok, steady saja.

Peneroka tahu apa ayahanda saya Allahyarham Tun Razak dan saya sendiri telah buat untuk majukan industri sawit.

Sumber : Najib Razak

Go Shop Malaysia Facebook

 51 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?