England Kecewakan Ukraine Untuk Layak Ke Separuh Akhir

Pasukan England mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menempah tiket ke pentas separuh akhir Euro 2020 selepas membelasah Ukraine 4-0 di Stadio Olimpico sebentar tadi.

England mendahului seawal 4 minit menerusi Harry Kane selepas menerima hantaran Sterling.

Seterusnya Ukraine mula menyerang bertali arus walaupun beberapa kali hampir tetap tidak mampu menyamakan kedudukan.

Peluang terbaik England untuk menambah jaringan hadir menerusi rembatan jarak jauh yang dilakukan oleh Declan Rice tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Harry Maguire menjaringkan gol selepas menanduk hantaran set piece yang dilakukan oleh Luke Shaw pada minit ke-46.

Shaw yang beraksi di bek kiri sekali lagi menjadi ancaman utama buat Ukraine apabila umpanan yang dilakukannya berjaya ditanduk oleh Kane untuk menjadikan kedudukan 3-0 berselang empat minit kemudian.

Pemain gantian, Jordan Henderson memastikan penjaga gol Ukraine, Heorhiy Bushchan tewas kali keempat dengan menjaringkan gol menerusi tandukan hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Mount pada minit ke-63.

Pemain terbaik perlawanan pagi ini ialah Harry Kane!! Beliau menjaringkan 2 goal buat England ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ termasuk jaringan awal England ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ pada minit ke 4 .

Itali ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น akan berdepan Sepanyol ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ! Manakala Denmark bertemu England

Italy ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น vs ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ Spain ( 7July ) – 03:00am
England ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ vs ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฐ Denmark ( 8July) – 03:00

Team mana yang akan berjaya ke Final? Whatโ€™s your prediction! ๐Ÿค”

Komen Anda?