Elya KWSP Tarik Perhatian Warganet

โ€œ๐‡๐š๐ข ๐’๐š๐ฒ๐š ๐„๐ฅ๐ฒ๐šโ€ฆโ€, ๐•๐ข๐ซ๐š๐ฅ โ€˜๐๐ž๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐Ž๐ง๐ฅ๐ข๐ง๐žโ€™ ๐Š๐–๐’๐ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐ข, ๐‰๐š๐๐ข ๐๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข ๐๐ž๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐ข-๐’๐ข๐ง๐š๐ซ

Hari ini pastinya menjadi saat-saat โ€˜sibukโ€™ buat kebanyakan rakyat Malaysia yang telah mula membuat permohonan bagi pengeluaran wang melalui i-Sinar.

Ramai yang sudah pasti tidak sabar untuk membuat pengeluaran mengikut jumlah yang diinginkan.

Namun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mencipta satu โ€˜inisiatifโ€™ bagi menasihatkan orang ramai mengenai jumlah pengeluaran tersebut sebelum membuat permohonan.

Ia dapat dilihat selepas anda telah mengisi maklumat nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit serta menjawab lima soalan.

Elya berperanan untuk menasihatkan anda mengenai pengeluaran amaun yang diinginkan dan memberikan anggaran jumlah yang diganda jika anda tidak mengeluarkannya sehingga usia 55 tahun.

Elya adalah avatar wanita yang merupakan penasihat kewangan dalam talian KWSP.

โ€œHai, saya Elya, penasihat online KWSP.

โ€œRM10,000 ini dianggarkan akan berganda kepada RM25,6333.04 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun,โ€ katanya.

Ini membuatkan warga net menganggap Elya sama seperti penasihat kewangan sebenar yang memberikan pandangan profesionalnya sebelum seseorang pemohon itu membuat permohonan i-Sinar mereka.

Nasihat itu juga membolehkan para pemohon membuat pertimbangan teliti dan memahami risiko sekiranya membuat pengeluaran simpanan hari tua mereka.

Permohonan i-Sinar dalam talian telah dibuka hari ini.

Permohonan boleh dibuat menerusi https://isinar.kwsp.gov.my/

 33 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?