Ebit Lew Ziarah Shafiq Ahmad, Isteri Serta Keluarga

Pendakwah selebriti Ebit Lew tidak putus dalam usahanya membantu golongan yang memerlukan.

Bagaikan seorang wakil rakyat, Ustaz Ebit Lew tak jemu melaksanakan tugasnya ‘berkhidmat’ dan memberi kebahagiaan kepada masyarakat.

Melalui kemas kini terkininya di Facebook malam tadi. Ebit Lew memuat naik Beberapa gambar dirinya datang ke Kedah demi menziarah Syafiq Ahmad, Amalina dan keluarga.

Terdahulu pada 5 dis lepas, Penyerang pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad terlibat dalam kemalangan, yang mengorbankan anak lelakinya yang baru berusia 22 hari.

Turut terkorban dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Sungai Bakap, Pulau Pinang, kira-kira 5.30 pagi tadi, adalah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, ibu mentuanya dan warga Indonesia, Titik Sukamti, berusia 30-an.

USTAZ EBIT LEW TIDAK DAPAT MENAHAN SEBAK KETIKA ZIARAH SYAFIQ AHMAD DAN ISTERINYA

Sebak sayu ziarah Syafiq Ahmad,Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik.

Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. InsyaAllah anak menanti dalam syurga. Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.

Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak. Baik sangat keluarga ini. Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.

Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu-ebitlew

Semoga mereka tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini.

 41 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?