Ebit Lew Terharu Layanan YDPA Buat Beliau

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi mencuri tumpuan ramai, Beliau Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Perkara itu dikongsi Ebit menerusi satu posting di Facebooknya.

Photo by Ebit Lew

Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan.

Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA,Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja. Supaya dapat cover setiap ceruk kawasan banjir. Dari pagi sampai lewat malam. Saya ikut sekejap terasa penat.. Tak terkejar dengan bantuan Tuanku.

Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.

Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami.

Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia. Daulat Tuanku. -ebitlew

Sumber : Ebit Lew

Daulat Tuanku

Agong berkenan membantu Raja Permaisuri Agong memasak untuk mangsa banjir di Sekolah Tahfiz Al Quran Al Amin Kampung Berhala Gantang, Temerloh, Pahang.

Istana_negara 13 Januari 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan membantu Raja Permaisuri Agong memasak untuk mangsa banjir di Sekolah Tahfiz Al Quran Al Amin Kampung Berhala Gantang, Temerloh, Pahang.

Photo by Istana Negara

Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba di Sekolah Tahfiz ini setelah berkenan melawat dan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir di Kampung Buntut Pulau dan Kampung Tebal, Temerloh.

Photo by Istana Negara

Sudah menjadi kelaziman bagi Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.

Photo by Istana Negara

Sentuhan Yang di-Pertuan Agong dan air tangan Raja Permaisuri Agong mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.

Photo by Istana Negara

Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.

Sumber : Istana Negara

Komen Anda?