Ebit Lew Sumbangkan Motosikal Baharu

JOHOR BAHRU: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, menyumbangkan sebuah motosikal baharu kepada lelaki Orang Asli yang kenderaannya terbakar ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan pada Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, motosikal ditunggang Amran Rongi, 29, bersama dua anak lelakinya dilaporkan mengalami kerosakan sebelum terbakar di Plaza Tol Senai, di sini, ketika mahu memohon bantuan daripada Baitulmal Johor.

Ebit melalui hantaran terbaru dalam Facebook beliau, hari ini, memaklumkan dirinya sebak apabila membaca berita mengenai insiden menimpa Amran yang juga orang kurang upaya (OKU).

“Sebak rasa membaca fasal abang OKU bersama dua anaknya memerlukan bantuan di Johor dan motosikal terbakar dalam perjalanan.

Photo by Ebit Lew

“Abang polis Johor cuba membantu beliau. Syukur, ramai datang membantu.

“Hari ini, saya membeli motosikal baharu untuk dihadiahkan kepada abang ini dan sedikit duit belanja. Kami juga membawa barang dapur untuk 84 keluarga di situ. Beras dan barang dapur dari Elewsmart.

“Sedih rasa apabila Tok Batin tadi mengucapkan terima kasih dan semua orang kampung (Kampung Orang Asli Kuala Masai) kenal ajak bergambar,” katanya.

Sementara itu, rata-rata warganet turut memuji tindakan pantas dan sikap prihatin Ebit membantu masyarakat dalam kesusahan.

Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini.
Photo by Ebit Lew

Sebak rasa baca pasal abang oku bersama 2 anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Abang polis johor cuba bantu beliau masa tu. Terima kaseh Polis Johor bersama saya hari ini. Syukur ramai datang bantu. Hari ini saya belikan motor baru hadiahkan untuk abang ini serta sedikit duit belanja. Kami juga bawa barang dapur untuk 84 keluarga disitu. Beras dan barang dapur dari Elewsmart.

Sedih rasa bila Tok Batin tadi ucap terima kasih dan semua orang kampung situ kenal ajak bergambar. Allah tentukan dapat jumpa abang tadi. Comel jer anak-anak kecilnya. Ramai orang kampung situ ulang kali cakap terima kaseh walau cuma bantuan makanan untuk semua. Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini.

Photo by Ebit Lew

Komen Anda?