Ebit Lew Hadiahkan Rumah Baru Buat Nenek Ruhana

Rumah nenek Ruhana Mahfuz, 76, yang tinggal tangga selepas dihanyut arus deras dalam kejadian banjir, pada 18 Disember tahun lalu akan dibina baharu.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew menerusi kemas kini di Instagram mengesahkan, pihaknya akan mengeluarkan peruntukan bagi membina rumah buat warga emas tersebut.

Malah, perasaan syukur dicurahkan Ebit selepas berjaya menyalurkan bantuan kepada Rohana yang kini tinggal sehelai sepinggang.

“Rumahnya hanyut akibat banjir di Hulu Langat dan cuma tinggal tangga sahaja. Menangis  dari mula jumpa tadi. Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah. Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya. Satu jer saya minta dengan ustaz doakan nenek disayangi Allah dan masuk syurga.

“Kami terus tengok plan rumah dan telefon kontraktor. InsyaAllah akan bina rumah baharu untuk nenek. Nenek tiada suami dan anak-anak.  Syukur adik beradik dan jiran tetangga ramai membantu.  Serta masyarakat ramai membantu,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Kisah  menimpa Rohana yang menetap di Kampung Sungai Lui  kemudian tular dalam media sosial dan mendapat perhatian warganet.

Dalam pada itu, Ebit turut memohon doa orang ramai agar segala perancangan untuk membina rumahnya berjalan lancar.

Komen Anda?