DYMM Sultan Ibrahim, Merasmikan Karnival Johor Jaya 2019 Sempena Tahun Baru Cina

PERASMIAN Karnival Johor Jaya Sempena Tahun Baru Cina

DYMM Sultan Ibrahim menulis kaligrafi cina sebagai gimik pelancaran Karnival Johor Jaya dan diikuti dengan menggaul hidangan ‘Yee Sang’ yang merupakan aktiviti tradisi semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Yee Sang (Prosperity Toss) merupakan makanan pembuka tahun baru dengan harapan tahun berikutnya membawa tuah.

Hadir sama pada perasmian karnival ini; Menteri Besar, Dato’ Haji Osman Sapian; Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri, Liow Cai Tung; Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Haji Amran bin A. Rahman dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir.

Karnival Johor Jaya 2019 sebelum ini dikenali sebagai Bazaar Johor Jaya menyediakan hampir 70 gerai jualan termasuklah jualan makanan, pakaian, hiasan, buah-buahan dan banyak lagi.

Ia memberi peluang kepada masyarakat Cina untuk memberi pelbagai barangan sebagai persiapan bagi menyambut Tahun Baru Cina yang akan menjelang pada Februari ini.

Karnival ini akan berlangsung selama 14 hari bermula dari 21 Januari 2019 hingga 3 Februari 2019, dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Mengiringi Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berangkat bercemar duli ke Majlis Perasmian Karnival Johor Jaya sempena Tahun Baru Cina 2019.

Sumber : Osman Sapian

Video:-

Komen Anda?