DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meninjau keadaan padang di Stadium Sultan Ibrahim pada hari ini.
Padang sudah siap sepenuhnya. Rumput pada ketika ini dibiarkan menjadi matang dan memperkuatkan lagi akarnya sebelum proses akhir pemotongan untuk menjadikan ia cantik dan lebih kemas. Luaskan Kuasamu Johor.
HRH CROWN PRINCE OF JOHOR INSPECTS SULTAN IBRAHIM STADIUM
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 10, 2021
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor inspected the pitch at the Sultan Ibrahim Stadium today.
[1/2] pic.twitter.com/hKBIn960C8
Padang tersebut melalui proses penanaman semula sepenuhnya rumput jenis Zeon Zoysia pada penghujung kempen 2020 sebagai sebahagian komitmen Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dalam memastikan hanya fasiliti terbaik tersedia.
Hidup Johor Demi Johor
JDT BERSINAR TERANG UMPAMA BERLIAN
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh diibaratkan seperti berlian yang berharga dan berkilauan. Tiada apa yang dilakukan di JDT dibuat secara ala kadar tetapi lebih memberi impak secara keseluruhan.
JDT bukan sahaja cemerlang di dalam padang dengan 16 trofi sejak 2013 tetapi juga berjaya di luar padang dengan fasiliti canggih dan tanggungjawab sosial kepada penyokong dan masyarakat.
Stadium Sultan Ibrahim berkilauan umpama berlian pada malam hari dan semua fasiliti canggih JDT menambah nilai kelab dalam menghampiri sasaran menjadi kelab pertama Malaysia dengan nilai RM1 Bilion.
JDT sentiasa bergerak ke hadapan dan pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mahu menjadikan JDT sebagai legasi sesuai seperti sifat berlian yang kekal abadi. Luaskan Kuasamu Johor.
JDT SHINE BRIGHT LIKE A DIAMOND
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 9, 2021
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) can be described as a valuable and sparkling diamond. Nothing done is half-past-six at JDT but instead, it's more impactful overall.
[1/4] pic.twitter.com/oN0lGECEjB