DYAM Tunku Mahkota Johor Berkenan Mengurniakan 100 Kerusi Roda

YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan menerusi perkongsian hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi memaklumkan bahawa

DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan 100 kerusi roda untuk pusat-pusat Vaksinasi seluruh negeri Johor melalui Southern Volunteers.

Kerusi-kerusi roda ini adalah untuk kegunaan warga emas dan mereka yang keuzuran. Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada warga Johor secara keseluruhan.

Selain itu, sukacita saya maklumkan bahawa seramai 1,000 orang Southern Volunteers sudah digerakkan untuk membantu pusat-pusat vaksinasi dengan sokongan padu JBS, DO dan YDP seluruh negeri.

Untuk pusat vaksinasi Persada yang akan beroperasi pada hari Isnin ini, seramai 120 orang sukarelawan Southern Volunteers akan membantu.

Sekalung penghargaan buat semua frontliners, Southern Volunteers, Pejabat SUK Negeri, JBS, JOYDEC, MSNJ, IDO, MBJB, Tourism Johor, MBNJ, MBD dan Pemuda yang turut serta dalam memastikan pelaksanaan Program Vaksinasi berjalan dengan lancar.

Allah Peliharakan Sultan

Daulat Tuanku

Komen Anda?