fbpx

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ucap Tahniah Pada JDT B12, B14 Dan B17 Selaku Juara Peringkat Kebangsaan

DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL UCAP TAHNIAH DAN MEMBERI BONUS KEPADA JDT B12, B14 DAN B17 SELAKU JUARA PERINGKAT KEBANGSAAN

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja mengucapkan tahniah dan memberi bonus kepada skuad Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan musim 2019 yang cemerlang.

Skuad JDT Bawah-12, Bawah-14 dan Bawah-17 muncul juara kebangsaan kategori masing-masing tahun ini, meneruskan kejayaan Akademi dari tahun sebelumnya di mana Akademi telah memenangi empat piala – termasuk tiga kejuaraan kebangsaan dan JSSL International Professional 7s di Singapura.

Baginda turut memberikan motivasi kepada bakat-bakat muda ini agar terus berusaha mencapai kecemerlangan di JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?