DYAM Tunku Mahkota Ismail Terima Jemputan Khas Untuk Bertemu Skuad Kebangsaan Brazil

DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL TERIMA JEMPUTAN KHAS UNTUK BERTEMU SKUAD KEBANGSAAN BRAZIL.

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja telah bertemu beberapa pemain skuad kebangsaan Brazil di Singapura pada hari ini.

Antara yang hadir adalah kapten Brazil Dani Alves, pemain bintang PSG Neymar, Thiago Silva, Gabriel Jesus, penyelaras pasukan Juninho Paulista, juara Piala Dunia 1994 Bebeto dan beberapa lagi pemain.

Pertemuan di Singapura ini lanjutan dari delegasi lawatan rasmi dari Brazil ke Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang kagum dengan projek JDT yang diiktiraf sebagai yang terbaik di Asia Tenggara pada hari Jumaat lalu. Luaskan Kuasamu Johor.

Facebook Comments