DYAM Tunku Mahkota Ismail Mengetuai Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berangkat hadir ke Majlis ‘Hi-Tea’ sempena Minggu Permotoran Antarabangsa Desaru (DIBW) 2019 pada 14 September 2019.

Sebelum itu, DYAM Tunku Mahkota Ismail mengetuai konvoi motosikal berkuasa tinggi yang terdiri daripada penunggang di dalam dan luar negara menuju ke Pusat Konvensyen Desaru Coast, Kota Tinggi daripada Istana Pasir Pelangi.

DIBW 2019 yang julung kali diadakan dan bertaraf antarabangsa ini secara tidak langsung mempromosikan serta meningkatkan sektor pelancongan negeri Johor, malah berupaya mengeratkan lagi ukhuwah antara peserta. Allah Peliharakan Sultan.

Facebook Comments