DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berkenan Berangkat Ke Program Konvoi Setia Johor 2019

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berkenan berangkat ke program Konvoi Setia Johor 2019 yang diadakan di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor pada hari ini, 14 Disember 2019.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Empayar Jauhar ini melibatkan penyertaan belia-belia dari segenap daerah-daerah negeri Johor yang hadir dengan menaiki motosikal. DYAM Pemangku Raja turut meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan para peserta yang hadir. Allah Peliharakan Sultan.

Hidup Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Johore Motorcycle Gathering @ Konvoi Setia 2019
Dataran Tanjung Emas Muar | 14 Disember 2019 | 10pg – 6ptg

Credit Photo: Pertubuhan Kebajikan Empayar Jauhar – Empayar Johor

Komen Anda?