fbpx

DYAM Tunku Mahkota Ismail Berkenan Mengembalikan Semula Insentif

DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL PULANGKAN SEMULA INSENTIF DARI KERAJAAN NEGERI JOHOR UNTUK PEMBELIAN BOT-BOT PEMBERSIHAN SUNGAI

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berkenan untuk mengurniakan semula insentif RM500,000 kepada Kerajaan Negeri Johor atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2019 dan jumlah tersebut akan digunakan untuk menampung kos pembelian bot-bot pengutip sampah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di Negeri Johor.

Ini merupakan sumbangan dari DYAM Tunku Mahkota Ismail dan JDT dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku. Luaskan Kuasamu Johor.

TMJ kembalikan insentif kerajaan negeri

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengembalikan semula insentif RM500,000 yang diberikan kerajaan negeri sebelum ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menjelaskan kerajaan negeri bersetuju memberikan insentif itu kepada JDT atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia pada 2 November lalu.

Beliau berkata, insentif berkenaan diberikan sebagai dorongan dan pemangkin di atas semangat serta komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan JDT hingga berjaya memenangi piala berprestij itu.

“Bagaimanapun, Tunku Ismail (Pemangku Raja Johor) berkenan untuk mengurniakan semula insentif ini kepada Kerajaan Negeri Johor, hari ini.

“Kurniaan semula ini adalah bagi menampung pembelian bot pengutip sampah untuk tujuan pembersihan sungai di Johor demi melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan di atas keprihatinan Tunku Ismail,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JDT muncul juara Piala Malaysia selepas menundukkan Kedah 3-0 di pentas final dan ia adalah kali kedua kelab itu merangkul piala berprestij itu selepas 2017.

Komen Anda?
Related Post
Rumah Baru Harimau Selatan

Melihat semula gambar ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merasmikan Majlis Read more

“Daulat Tuanku”, Saya Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Anda Dan Keluarga Anda

Berikutan penularan wabak coronavirus di negara ini, Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil Read more

DYAM Tunku Mahkota Ismail Dan KDYMM Tengku Hassanal Berangkat Menunaikan Solat Jumaat Bersama Rakyat

Daulat Tuanku... Alhamdulillah... Semuga Allah SWT Peliharakan Tuanku Dan Melindungi Tuanku... Aamiin Yarrabbal Alamiin... DYAM Read more

JDT Menyambut Serta Menyokong Persatuan Bola Sepak Kudung Malaysia

“Bola sepak menyatukan semua pemain dan penyokong dari seluruh pelusuk dunia" Semoga berjaya Harimau Kudung. Read more