DYAM Tunku Mahkota Ismail Berangkat Merasmikan Minggu Permotoran Antarabangsa Desaru (DIBW)

PEMANGKU RAJA RASMI MINGGU PERMOTORAN ANTARABANGSA DESARU 2019

Minggu Permotoran Antarabangsa Desaru (DIBW) 2019 yang merupakan ilham DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja mencatat lembaran sejarah baharu aktiviti bermotosikal kuasa tinggi di negara ini.

Majlis perasmian DIBW 2019 disempurnakan Tunku Mahkota Ismail malam tadi (13 September), yang secara tidak langsung mempromosikan serta meningkatkan sektor pelancongan negeri Johor.

Mengiringi Baginda ialah YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Disertai lebih 400 peserta termasuk dari luar negara, DIBW 2019 bertujuan membentuk semangat persaudaraan dan meningkatkan imej permotoran di Malaysia dengan mempromosikan tema “The Real Brotherhood”.

Berlangsung selama empat hari, DIBW 2019 menyaksikan pelbagai acara hebat seperti konsert, perlumbaan motosikal pantai serta pameran motosikal.

PEMANGKU RAJA RASMI MINGGU PERMOTORAN ANTARABANGSA DESARU 2019

Facebook Comments