DYAM Tuanku Mahkota Johor Bayar Zakat Rm1 Juta

Daulat Tuanku

TMJ bayar zakat RM1 juta

Tunku Ismail ketika menyerahkan bayaran zakat pada pertemuan tersebut.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat fitrah sebanyak RM1 juta bagi tahun ini dalam satu pertemuan yang diadakan di Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter peribadi putera Sultan Johor itu, penyerahan bayaran zakat berkenaan telah disaksikan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot bersama Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Dalam majlis sama, Tunku Ismail yang juga Pengerusi MAINJ turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari majlis berkenaan kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.

Terdahulu, ayahanda Tunku Ismail, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga telah melaksanakan ibadah berkenaan selepas membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun ini.

Sumber : Sinar Harian

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAYAR ZAKAT RM1 JUTA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat berjumlah RM1 juta pada hari ini, 29 Mei 2019. Baginda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari MAINJ kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan.

 25 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?